Laman Web Rasmi PAPISMA
Laman web PAPISMA rasmi dengan penampilan baru dan features yang memberangsankan. sila ikuti link www.papisma.org
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia
Posted by
papisma
at
3:57 PM
0
comments
Ceramah keselamatan kanak-kanak (belated story)
Oleh kerana sibuk dengan ombak maut Tsunami, saya terlewat untuk menceritakan satu lagi aktiviti PAPISMA dengan kerjasama I-Grad di Kelantan.
Pada 26 Disember lalu, PAPISMA telah dijemput untuk mengadakan ceramah berkenaan keselamatan kanak-kanak di taman asuhan dan pusat asuhan kanak-kanak.
Kita telah menghantar seorang tokoh doktor kita yang berkaliber, Dr Razlina Abd Rahman untuk menyampaikan ceramah tersebut di Rantau Panjang. Para hadirin terdiri daripada guru-guru pusat asuhan tunas Islam. Ceramah bermula 9.00 pagi dan berakhir 10.30 pagi.
Ketika di soal lanjut Dr Razlina menyatakan kesediaan untuk menyampaikan ceramah serupa kepada guru-guru pusat asuhan kanak-kanak di daerah lain di Kelantan dan juga di negeri lain selain Kelantan.
Jikalau ada ahli-ahli PAPISMA atau mana-mana netters di serata Malaysia yang ingin menjemput Dr Razlina untuk menyampaikan ceramah keselamatan kanak-kanak bolehlah menghubungi saya (DR Awisul Islah) untuk urusan lanjut.
Dr Razlina turut mempromosikan nama PAPISMA dalam ceramah tersebut. Tahniah di ucapkan. Saya attach gambar-gambar utk tatapan netters semua.
Wassalam.


Posted by
papisma
at
4:21 AM
0
comments
Solat hajat untuk kesejahteraan mangsa tsunami dan seluruh umat Islam berjalan lancar di Dewan Perdana Kota Bharu pada 10 Januari 05 sebagai salah satu aktiviti NGO.
Ahli-ahli I-Grad dan PAPISMA bersama-sama turut menjayakannya sebagai NGO yang menyokong kerajaan negeri. Saya turut bersama semasa sembahyang isyak, sembahyang hajat dan sebahagian ceramah.
Saya melihat ramai kelibat-kelibat mereka yang jarang kelihatan diceramah-ceramah politik PAS tetapi datang pada malam ini untuk memberi sokongan kemanusian atas bencana sejagat.
Hj Husam mengulas dalam ceramahnya bahawa sensitiviti umat Islam untuk membantu mangsa kecelakaan masih lemah dan lambat walaupun yang terkena bencana adalah umat Islam sendiri apatah lagi kalau yang terkena bencana itu bukan umat Islam. Dalam kes Aceh misalnya ramai anak-anak Islam yang diselamatkan bukan Islam tidak mahu berpisah dengan orang yang mula-mula menemui mereka dalam haru-biru tsunami. Ini kerana jiwa mereka yang terkejut merasa begitu terhutang budi dengan orang yang pertama menolong mereka.
Sesungguhnya kita bimbangkan aqidah mereka nanti, tetapi siapa yang hendak kita salahkan? Kita sepatutnya lebih sensitif dengan isu-isu ini pada masa akan datang. Bukan sahaja apabila umat Islam ditimpa bencana kita sensitive, tetapi apabila ORANG BUKAN ISLAM ditimpa bencana juga kita perlu sensitif dan menghulurkan bantuan kerana pada saat inilah kita boleh memasukkan kemanisan Islam kedalam hati mereka, mudah-mudahan Allah melembutkan hati mereka pada saat itu.
Saya teringat ramai anak-anak perempuan Cina dapat di Islamkan pada zaman Jepun kerana ibu-bapa mereka yang dihambat Jepun memilih untuk menyerahkan anak perempuan mereka pada orang melayu
Saya mengucapkan tahniah kepada I-Grad dan PAPISMA kerana berani memecah tradisi mengadakan solat Hajat dan perhimpunan atas nama NGO bagi mengajak masyarakat seluruhnya lebih sensitif dengan kejadian semasa yang melanda masyarakat dunia. Pada 15hb nanti kalau tidak salah saya ada satu lagi solat hajat dan ceramah berkenaan tsunami di Stadium KB dan Anwar Ibrahim turut serta. Sama-samalah kita menghadirinya.
Saya attach gambar2 utk tatapan sahabat-sahabiah yang jauh dimata tapi sentiasa dekat dihati
.
Wassalam. 

Posted by
papisma
at
6:19 AM
0
comments